Apa istimewanya Cina Kelantan berbanding Cina dari negeri lain?
Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi lagi
dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan
terutama di kawasan Pulai,Gua Musang dan Sungai Pinang, Tumpat.
Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan,
namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari
kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600
tahun atau lebih di kampung Pulai,Gua Musang dan berasal dari Dinasti
Ming. Ini bermakna kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu bukan dimulakan
di Melaka tetapi di Kelantan.
Dua kategori Cina Kelantan
Terdapat dua kategori Cina di kelantan iaitu Cina Peranakan diberi
gelaran Cina kampung,Cina Kelantan dan Oghe Cino Kito. Bagi Cina di
bandar mereka dipanggil Cina bandar atau Cina Benua.
Kenapa istimewa??
Mereka tidak seperti kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek
komunikasi percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan disamping
bahasa Hokkien yang berbeza hasil percampuran perkahwinan serta Bahasa
Melayu Kelantan dan Thai. kebanyakan mereka berkulit sawo matang dan
tidak menampakkan mereka sebenarnya kaum Cina.
Bagi masyarakat Cina Tionghua Kelantan pula tidak pernah rasa
terpinggir walaupun di sekeliling mereka adalah orang-orang melayu
beragama islam. Proses asimilasi kesenian dan kebudayaan tempatan
mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka. Orang kelantan lebih suka
memanggil Mek kepada wanita Cina Kelantan dan mereka membahasakan diri
mereka ambo.
Apa istimewanya lagi??
Mereka mampu membaca dan menulis tulisan JAWI yang sesetengah anak
Melayu kelantan sendiri gagal memahirkan diri. Bagi Cina Peranakan yang
mendapat pendidikan dalam aliran Melayu mereka menggalakkan anak-anak
mereka mampu membaca jawi.
Bagi generasi terdahulu Cina Peranakan mereka tidak kekok memakai
kain pelikat,kain sarung,kebaya dan serban serta memakan sireh. Bahasa
Kelantan mereka pekat dan lancar. Karakter dan perwatakan mereka ada
kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.
Dan Lagi??
Mereka suka BUDU dan ulam-ulaman sebagai makanan hidangan. Mereka
juga makan nasi kerabu,nasi berlauk dan nasi dagang. Mereka suka Tapai
ubi dan Ketupat…. Mereka juga sukakan Dikir Barat,Makyong,Menora dan
Sukan.
Lagi??
Perubahan zaman,teknologi komunikasi dan semasa mereka tidak kekok
untuk bercakap Kelantan walaupun mereka berhijrah ke negeri lain.
Buktinya di Laman sosial Fesbuk rakan-rakan Cina kelantan masih lagi
kecek klate sesama mereka.
{ Di Kelantan ada ‘China Town’ di Kota Bharu….di kelantan ada Masjid Beijing di Rantau Panjang…di kelantan ada segala-galanya… }
{ Di Kelantan, kami diajar untuk hanya menjadi satu bangsa sahaja
iaitu ‘Orang Kelantan’. Kami tidak pernah dididik walau seinci pun
membenci,memandang rendah,menghina saudara lain walaupun berbeza agama
mahupun bangsa }.
{ Di Kelantan,kami tidak digelar orang Melayu, orang Cina,orang Siam
mahupun orang India. Kami hanya menggelarkan diri kami ‘Oghe Kelate’ }.
Sumber : Kelate Loni