PKPB beri rezeki, ternakan arnab beri pulangan lumayan buat Linda Brahmana
Katanya, modal permulaannya cuma dengan dua ekor arnab sahaja yang dibeli dari pasar malam.
Antara baka yang dimiliknya adalah jenis Teddy Bear; Holland Lop; Minirex; Nederland Dwarf dan juga jenis pedaging.
Ia dijual dengan harga RM50 sehingga RM250 seekor.
Jelasnya, harga bagi setiap jenis arnab itu tidak sama nilainya kerana bergantung kepada saiz dan keistimewaannya.
“Dalam banyak-banyak ini paling banyak dijual adalah pedaging sebab sekali dia beranak mencecah lapan ke 13 ekor.
“Seekor RM30, kalau 13 ekor RM390 sebulan. Umur dia sebulan setengah sudah boleh jual. Kedua paling laku ialah Minirex di mana kalau orang boleh beli dalam RM30 sehingga RM50 sudah boleh dapat sepasang,” katanya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Linda berjaya menjual lebih 1,000 ekor arnab, hasil dari memanfaatkan media sosial.
Katanya, ibu tunggal dan golongan yang tidak bekerja, diberikan peluang untuk menjana pendapatan sendiri dengan diberikan beberapa ekor induk arnab untuk dijaga dan hasilnya dijual kepadanya semula.
Linda berhasrat mahu bergiat secara serius dalam ternakan arnab dan bercadang menyewa tanah seluas dua ekar untuk pembinaan tempat yang selesa untuk arnab-arnabnya.
Sumber : Astro AWANI
Subscribe to:
Posts (Atom)